Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang
larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:
1. B1 (thiamin) :
Mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental,
melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan
sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
2. B2 (riboflovin)
Mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah,
membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
3. B3 (niacin)
Mengurangkan
pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut,
sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.
4. B5
Mengurangkan
stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang.
5. B6 (pyridoxine)
Penting
dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan
menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,
mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.
6. B12 (cobalamine)
Meningkatkan
selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan,
baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan
seksual.
7. Acid folic
Kesihatan
fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser
mulut dan sebagainya.
8. Biotin
Membantu
B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan
keradangan kulit.
Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin
ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga
membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.
Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan
mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit
jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan
boleh mengakibatkan anemia.
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah
seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana
kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti
keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk peredaran dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
B Complex Shaklee |
Sekiranya ada berminat untuk
mendapatkan supplemen Shaklee yang bermutu tinggi (harga istimewa masih boleh dirunding), sila hubungi saya
sebagai wakil pengedar sah Shaklee.
Nama : Mohd Azrul Affendi
ID Shaklee : 1097136
Emel : nazaffendi@gmail.com
SMS/Call/Whatsapp : 013-687 0464
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment