Pages

SHAKLEE

Sunday 7 December 2014

1 - APA ITU VITAMIN C

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum


Jom hari ini kita sama-sama kongsi ilmu tentang Vitamin C.                    


APA ITU VITAMIN C?


  • Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.
Tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk meneutralkannya. Akibatnya, peningkatan proses pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak. Penulisan perubatan membuktikan bahwa tekanan oksidatif adalah penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Stres oksidatif dapat dicegah dan dikurangi dengan pengambilan antioksidan yang cukup dan optimal ke dalam tubuh.

  • Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting.

  • Vitamin ini larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah. 
ANTARA SUMBER VITAMIN C :
  1. Oren
  2. Jambu
  3. Betik
  4. Cili
  5. 1 . Buah jeruk :

    Jeruk adalah salah satu buah yang paling dikenal tinggi Vitamin C. Satu buah jeruk berukuran sedang mengandung 70 mg vitamin C dan 62 kalori. Jeruk juga banyak disukai dalam bentuk jus. Makanan ini adalah favorit untuk mendapatkan asam askorbat alami.

    2 . Cabe :

    Ada 3 jenis cabai, yaitu cabe merah, hijau dan cabe rawit. Cabe hijau paling tinggi mengandung vitamin, yaitu mencukupi sekitar 182 % dari kebutuhan yang direkomendasikan setiap hari. Cabe juga merupakan sumber antioksidan lain dan mineral. Sementara cabe merah dan cabe rawit mengandung sekitar 65 mg vitamin C dan memberikan 102 % dari kebutuhan kita sehari-hari .

    3 . Paprika :

    Paprika merah adalah salah satu sumber vitamin C. Satu cangkir paprika mentah mengandung 142 mg vitamin C dan hanya 20 kalori. Paprika merah dimasak mengandung 116 mg vitamin C per cangkirnya dan dengan hanya 15 kalori. Paprika hijau masak diketahui  menyediakan 51 mg vitamin C. Sementara itu Paprika kuning tertinggi kedua  dengan 124 mg per 100 gram.

    6 . Kiwi :

    Satu buah Kiwi mengandung 70 mg vitamin C dan 50 kalori. Kiwi juga tinggi kalium dan flavonoid selain Vitamin C. Buah ini biasanya dimakan mentah, tapi Anda juga bisa membuatnya menjadi  jus.

    7 . Buah berri :

    Raspberry, stroberi dan Blackberry adalah sumber gizi yang tinggi. Mengandung banyak  senyawa sehat seperti folat, serat dan fitokimia dan juga kaya akan vitamin.
    Berries bermanfaat membantu meningkatkan memori dan melindungi tubuh kita dari kanker & penyakit jantung . Stroberi penuh serat dan antioksidan yang membantu untuk mengurangi oksidan dan mengontrol kolesterol . Sementara untuk Blackberry menyimpan asam askorbat sekitar 180 mg perporsi 100 gram, selain itu juga kaya akan Kalium, Zat besi dan Vitamin B5.

    8 . Pepaya :

    Satu buah pepaya berukuran sedang mengandung 182 mg vitamin C, yang sudah setara dengan tiga kali yang rata-rata dibutuhkan tubuh. Pepaya juga sarat dengan vitamin A, Kalium dan Serat.

    9 . Nanas :

    Satu cangkir ukuran sedang Nanas segar mengandung 79 mg vitamin C . Mencukupi sekitar 131 % dari kebutuhan tiap hari  yang direkomendasikan.
    Selain Vitamin C , nanas juga dapat membantu untuk meringankan sembelit . INanas juga memiliki sifat anti   inflamasi yang akan mempercepat penyembuhan dan meningkatkan kekebalan tubuh.

    10 . Melon :

    Seperempat melon berukuran menengah menyediakan 47 mg vitamin C dan 51 kalori. Melon juga mengandung Vitamin A dan Kalium.

    11 . Jambu biji :

    Jambu menyediakan 228 mg Vitamin C per-porsi 100 gram. Juga kaya nutrisi penting lain seperti folat asam, Kalium, mangan, dan serat .

    12 . Brokoli :

    100 gr Brokoli menyediakan 89 mg vitamin C, cukup untuk menutupi kebutuhan Vitamin C harian Anda. Rasanya lezat, baik mentah atau dalam bentuk sudah dimasak. Cobalah makan Brokoli terutama di musim flu untuk meningkatkan sistem kekebalan Anda.

    13 . Bunga kol :

    Bunga kol menyediakan 46 mg vitamin C perporsi 100 gram. Kembang kol juga mengandung folat dan serat makanan .

    14 . Ceri :

    Buah Cer adalah salah satu sumber terbaik vitamin C. Buah-buahan yang berwarna-warni akan memberikan 300 % dari kebutuhan harian kita . 1 cangkir ceri mengandung sekityar 1650 mg vitamin C. Ceri ini juga tinggi mengandung serat, dan juga baik jika Anda berencana untuk menurunkan berat badan.

    15 . Tomat :

    Tomat merah juga merupakan sumber yang kaya vitamin C. Tomat yang dikeringkan dengan sinar matahari juga sangat tinggi nutrisi ini . 100 gram tomat mengandung lebih dari 100 mg Vitamin C, setara dengan 170 % dari kebutuhan sehari-hari.

    16 . Kubis :

    Kubis mengandung 34 mg vitamin C per cangkirnya , yaitu setengah dari total nilai yang direkomendasikan untuk manusia. Kubis juga bermanfaat membantu melawan kanker dan penyakit jantung. Sementara Satu cangkir kubis merah mengandung 51 mg vitamin C, juga Vitamin A, serat dengan hanya 28 kalori.

    17 . lobak :

    Lobak secara mengejutkan kaya akan vitamin C dan asam amino esensial. Ia juga mengandung karbohidrat kompleks dan serat yang bermanfaat menambah daya penyembuhan.

    18 . Kacang polong :

    Kacang hijau segar merupakan sumber protein nabati, didalam nya juga ada zat Besi , Vitamin C dan nutrisi lainnya. Kacang polong juga membantu mengurangi risiko terkena kanker , depresi, kolesterol tinggi dan degenerasi makula .

    19 . Mangga :

    - See more at: http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/top-makanan-yang-mengandung-vitamin-c-tinggi.html#sthash.ZnyH2kWl.dpuf
     Kiwi
  6. Buah beri
  7. Brokoli
  8.  Nenas
  9. Bayam
  10. Lobak
SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C :


Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam berwarna hitam biru di bahagian-bahagian badan.


Gusi berdarah dan tidak kuat.

Tulang menjadi kurang stabil kerana perubahan-perubahan yang terjadi


pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.


Tisu jantung rosak.


Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.


Penambahan kadar metabolisma berlaku.



KUMPULAN MANUSIA YANG KEKURANGAN VITAMIN C : 


  • PEROKOK : Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C di dalam badan. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih daripada 20 batang rokok mendapati tidak ada (atau hanya sedikit) kandungan vitamin C yang ada. 


PESAKIT KENCING MANIS
Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C pun masih lagi mengalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C. Pesakit kencing manis juga mendapati kandungan collagen mereka yang kurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan 'free radicals' menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.

  • Pesakit kanser
  • Peminum alkohol

  • Ahli Sukan.
    Ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak. Mereka banyak kehilangan vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan oleh aktivit-aktiviti ini, di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh - jadi kehilangan vitamin C) dsb





Pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman dsb.

  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan anti-biotik.


Pesakit yang sedang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.



KEPENTINGAN VITAMIN C



Berfungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.


Membuang toksin dari dalam badan.


Sebagai anti oksida ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti oksida, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.


Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan vitamin C akan  menyebabkan pengeluaran asid bile berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol. Pengurangan vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.


Menyembuh luka. Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran collagen, oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat. 


Agen mengurangkan rasa sakit.


Mengurangkan alahan.


Penyerapan zat besi dari sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).


Pengurangan stress. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.

MAKLUMAT TAMBAHAN :


Vitamin C amat mudah rosak. Oleh itu sayuran dan minuman yang mengandungi vitamin C akan kehilangan banyak vitamin C jika disimpan lama atau diproses secara berlebihan.


Pengambilan bioflavonids bersama-sama dengan vitamin C boleh menguatkan vitamin C dan menggalakkan penyerapan vitamin C.


Pengambilan vitamin C dengan vitamin E bersama-sama adalah amat disyorkan kerana kesannya yang synergik.


Pengambilan vitamin C yang tinggi boleh menyebabkan masalah perut seperti najis yang agak lembut, cirit-birit dsb. Ini boleh dielakkan dengan mengambil vitamin C selepas makan.


Vitamin C tidak menyebabkan ulser gastrik. Ia didapati boleh membantu penyembuhan ulser.


Pengambilan vitamin C yang tinggi sebelum menjalani ujian darah boleh memberikan bacaan yang salah. Oleh itu, hentikan pengambilan vitamin C sebelum menjalani apa-apa ujian.


Ada kajian yang menyatakan pengambilan vitamin C yang tinggi menyebabkan anda susah untuk mengandung. Oleh itu, pengambilan vitamin C yang tinggi patutlah diberhentikan sekiranya anda berhasrat untuk mengandung.


Pengambilan vitamin C sehingga 4000mg sehari tidak digalakkan untuk mereka yang menghidapi masalah batu karang. Begitu juga pesakit yang menjalani haemodialysis atau menghidapi penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang tidak digalakkan mengambil vitamin C dalam dos yang tinggi.


Pesakit gout tidak digalakkan mengambi vitamin C yang tinggi. 


Vitamin C tidak boleh diambil oleh mereka yang mengambil ubatan seperti warfarin (ubat yang mencegah pembekuan darah) dan ubat-ubat tekanan perasaan dari kumpulan tricyclic anti-depressant (sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda). Antara ubatan lain yang mempunyai interaksi dengan vitamin C ialah aspirin, anti-biotik dan pil perancang.


No comments:

Post a Comment