Pages

SHAKLEE

Wednesday 25 June 2014

MEMULAKAN SEMULA LANGKAH BARU

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

After a long hiatus...
Lama blog ini tidak dikemaskini.
Habuk sawang bertebaran sana sini.

Ia disebabkan satu tragedi yang berlaku kepada keluarga kami.
Tragedi yang merentap segala emosi yang ada.
Menjatuhkan semua semangat.
Dan ia mengambil masa yang tidak sedikit untuk kami bangun semula.

Pemergian anak kecil kami pada usia 10.5 bulan bukan perkara mudah.
Meruntun emosi si ayah dan ummi.
Kisahnya dinukilkan di blog peribadi ini. 

Satu perkara yang kami belajar dan sangat diberi penekanan.
Kesihatan nikmat paling besar dalam hidup.
Usah berkira untuk membelanjakan sedikit wang untuk pelaburan kesihatan.
Tanpa kesihatan yang baik, kita tidak mampu bekerja.
Kita tidak mampu mencari rezeki dengan lebih baik.
Jika kita berkemampuan untuk membeli itu ini, kenapa tidak sebahagian kecil dibelanjakan untuk tujuan kesihatan.
Supplemen memberikan bantuan berpanjangan (Insya Allah) dalam memastikan kita memiliki nikmat kesihatan yang baik. 

Untuk permulaan mungkin sedikit ini sahaja tulisan kali ini.
Insya Allah akan disusulkan dengan maklumat kesihatan pada entri akan datang.
Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kami. 
Begitu juga sekalian insan di luar sana.

No comments:

Post a Comment