Berita Harian
Selasa, 31/12/2013
Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang
kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan,
kata penyelidik.
Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu
menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima
tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.
Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun
pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusui
untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan.
Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyedari sama ada
kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula.
Sepasukan penyelidik diketuai Unit Epidemiologi Perinatal
Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan
kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin
memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah.
Penyusuan ibu dikaitkan dengan pencapaian lebih baik dalam semua
bidang, namun manfaat itu paling banyak adalah dalam komunikasi, bahasa
dan literasi, pengetahuan dan pemahaman dunia dan perkembangan fizikal.
Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi
untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah,
penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif. - AGENSI
No comments:
Post a Comment