PEMAKANAN yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah
berlakunya masalah jantung dan kanser tetapi turut merangsang otak.
Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa
pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak.
Pensyarah dalam bidang neurosurgeri di University of California, Los
Angeles (UCLA), Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun
membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak
dan beliau dapati, pemakanan yang sesuai dapat menyubur dan membantu
fungsi otak serta mampu mengurangkan stres dan gangguan emosi.
Ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang betapa pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak.
Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Lanka.
Beliau memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan
hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada
sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya.
Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama
enam bulan. Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara
dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan
prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada 2009, kajian yang
dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, mendapati
anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun
menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif.
No comments:
Post a Comment