ASID Docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak tidak tepu
(polyunsaturated fatty acid atau PUFA) yang penting. DHA juga merupakan
asid lemak omega-3 yang paling banyak dalam otak dan retina mata iaitu
merangkumi 40 peratus PUFA di dalam otak dan 60 peratus PUFA di dalam
retina.
Hasil menarik daripada kajian saintifik menunjukkan perhubungan
rapat antara DHA dengan perkembangan serebral otak semasa dalam
kandungan lagi sehinggalah beberapa tahun selepas bayi dilahirkan.Bagaimanapun, DHA tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan.
Ahli Psikologi Kognitif di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas,
Amerika Syarikat, Dr. John Colombo, bersama kumpulan penyelidiknya telah
membuat kajian mengkaji kesan-kesan pemakanan tambahan selepas lahir
atau Diamond bagi memahami dengan lebih mendalam tentang kesan-kesan DHA
dalam perkembangan kognitif dan intelektual seorang kanak-kanak.
Dr. Colombo ditemui semasa sesi saintifik bersama Mead Johnson
Nutrition di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut
dihadiri oleh Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Martin Weaver dan
Pengarah Pemasaran bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Seah Su Yin.
Kata Dr. Colombo, kajian Diamond merupakan ujian klinikal secara
rambang dan terkawal, yang direka untuk mengkaji tindak balas dos DHA
dalam formula nutrisi awal kanak-kanak.
Sebanyak 343 kanak-kanak diberikan empat formula mengandungi jumlah
nutrien yang sama, kecuali kandungan PUFA: kumpulan yang dikawal
menerima DHA sebanyak 0 peratus dalam formula mereka, satu menerima DHA
sebanyak 0.32 peratus, satu lagi menerima DHA sebanyak 0.64 peratus dan
yang keempat menerima DHA sebanyak 0.96 peratus.
Kesemua empat formula yang ditambahkan DHA juga diberikan asid arachidonic (ARA) sebanyak 0.64 peratus. Menurut beliau lagi, kajian tersebut mengukur tahap ketajaman
penglihatan Visual Evoked Potential (VEP) dengan mengukur corak-corak
gelombang otak yang terbentuk oleh stimuli penglihatan yang dipaparkan
dengan laju.
"Corak-corak tersebut menjadi lebih jelas sehingga gelombang otak
yang dicetuskan menghilang, di mana ini dianggap sebagai titik akhir
penentuan ketajaman tahap penglihatan. "Kajian klinikal Diamond telah mendapati bahawa kanak-kanak yang
diberikan formula yang tidak mengandungi DHA menunjukkan tahap potensi
ketajaman penglihatan yang lebih rendah dalam tempoh 12 bulan berbanding
dengan kanak-kanak yang menerima formula tambahan DHA.
"Walau bagaimanapun tiada kesan perbezaan ketara pada ketajaman
penglihatan di antara tiga kelompok responden dengan sukatan tambahan
DHA yang berbeza, dengan kadar DHA sebanyak 0.32 peratus secara umumnya
mencukupi untuk memberi kesan positif. Ini mungkin disebabkan kedua-dua
DHA dan ARA bersaing untuk enzim yang sama,ââ kata Dr. Colombo.
Beliau menambah, dalam fasa kedua kajian ini, kelompok kanak-kanak
yang sama diuji dengan beberapa ujian tahap kepintaran yang dilakukan ke
atas kanak-kanak daripada usia tiga tahun hingga enam tahun. Ujarnya, kanak-kanak yang menerima pemakanan tambahan DHA
menunjukkan perkembangan cepat untuk aktiviti terperinci di antara usia
tiga tahun hingga lima tahun, dan juga prestasi yang lebih baik dalam
dua ujian kepintaran standard yang digunakan secara meluas.
No comments:
Post a Comment