Di
Malaysia, hipertensi merupakan masalah umum di mana-mana, menurut
Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang
daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas
menghidapinya.
Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka.
``Lebih
membimbangkan, hanya lebih sedikit daripada satu per lima (dua puluh
tiga peratus) rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang
mengambil ubat,'' katanya.
Beliau
yang juga Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN)
berkata demikian pada majlis pelancaran Co-Diovan 160/25mg, satu formula
baru bagi rawatan hipertensi daripada Novartis.
Apa itu tekanan darah tinggi?
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok.
Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala.
Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.
Dari
saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan
seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi
dengan mengambil langkah-langkah tertentu.
Punca
Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan
arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung
yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.
Tekanan
darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan
lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah
tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu
dicegah dan dikawal.
-
Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok.
Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur
darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.
Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.
-
Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh
menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan
mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
- Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.
Tekanan
darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini
seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja
lebih.
- Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
Proses
penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis,
seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.
Buah
pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan
perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin
diperlukan.
- Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.
Arteri
berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung
tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai
angina boleh berlaku.
Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.
Kegagalan jantung kongestif
Tekanan
darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah
masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya
bagi keperluan tubuh badan.
Sukacita diingatkan supplemen Shaklee ini bukanlah bertujuan untuk merawat penghidap darah tinggi tetapi lebih kepada langkah pencegahan dan mengawal. Seperti mana kita sedia maklum, darah tinggi merupakan salah satu pembunuh senyap di kalangan masyarakat kita.
Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi,
tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik
iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh
anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam
keadaan rehat.
Punca-punca tekanan darah tinggi
Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-
- Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C
- Carotomax, Vita-C dan Vita-E
- Omega Guard
- Garlic Complex
No comments:
Post a Comment