Pages

SHAKLEE

Thursday 6 March 2014

APA ITU NON-GMO

Bismillahirahmanirrahim     Assalamualaikum

Sepertimana telah dimaklumkan ESP merupakan salah satu produk Shaklee yang tidak mengandungi GMO (Non GMO Product). So apa itu Non GMO?

Lihat ini.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Organisma terubah suai secara genetik (genetically modified organism atau GMO) adalah organisma yang bahan genetiknya telah diubahsuai dengan menggunakan teknik, dalam bidang genetik, biasanya dikenali sebagai teknologi penyatuan semula DNA. Teknologi penyatuan semula DNA adalah keupayaan untuk mengabung molekul DNA daripada pelbagai sumber menjadi satu rantaian molekul dalam tiub pengujian. Dengan itu, keupayaan atau phenotaip organisma itu, atau kandungan protein yang dihasilkannya, boleh diubah melalui penukaran gennya
Kejuruteraan genetik adalah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma. Kejuteraan genetik juga dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan kerana gen yang terdiri daripada urutan DNA tertentu diasingkan dan digabung semula dengan DNA organisma lain. Teknologi ini membolehkan manusia memindahkan sesuatu maklumat genetik yang berguna daripada sesuatu spesis organisma kepada spesis organisma lain. Perkara ini tidak dapat dilakukan dengan teknik pembiakan biasa.
Kejuteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah secara tidak langsung. Kejuteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuteraan genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi penyelidikan kanser.
Dengan kata lain, dengan organisma (tumbuhan/haiwan) yang DNAnya telah diubahsuai secara genetik dan tidak lagi asli. Baka ini bukan sahaja tidak asli (tiruan) malahan ia juga menyumbang kepada pelbagai penyakit akibat daripada teknik ubahsuai yang dilakukan.


Kenapa DNA ini diubahsuai?
Ia bertujuan untuk mempercepatkan tumbesaran atau mengunikkan sesuatu organisma itu sendiri bagi tujuan komersial. Contoh paling mudah, ayam yang kita makan hari-hari kebanyakan telah disuntik untuk cepatkan tumbesaran.

Merujuk kepada Dr. Mohd. Azmi Mohd. Lila, 

Suatu jangka masa yang panjang mungkin diperlukan sebelum sesuatu kesan negatif ke atas kesihatan manusia boleh dilihat akibat daripada pengambilan makanan yang diperbuat daripada GMO. Mungkin juga kesan berkenaan hanya berlaku pada individu yang mengambil makanan berkenaan secara berterusan.
Amat merisaukan ramai pihak, di sebalik kecanggihan teknologi, tiada satu pun teknik terkini yang boleh digunakan dengan jayanya bagi mengesan dan mengesahkan implikasi GMO kepada kesihatan manusia. Setakat ini, belum ada satu pun sebarang keputusan kajian saintifik terperinci mengenai implikasi pengambilan makanan GMO ke atas kesihatan manusia.

Walaubagaimanpun di luar sana kebanyakan negara telah membangun mempunyai banyak badan yang menentang penggunaan teknik GMO ini. Mungkin kesedaran tentang GMO ini kurang didedahkan di negara kita. Tapi sebagi pengguna kita hendaklah tahu serba sedikit kerana ia memberi implikasi kesihatan kepada kita sebagai end user product.

Dan Shaklee sebagai syarikat pembekal supplemen nutrisi amat menitikberat tentang perkara ini. Sebab itu produk ESP Shaklee tidak mengandungi GMO. Ini selaras dengan falsafah syarikat yang  menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.


Diharapkan dengan penerangan serba sedikit ini, kita mendapat manfaat dan menentang penggunaan GMO.
 
Tambahan maklumat.

Kredit 
 
MAKANAN GMO ialah makanan yang telah melalui proses pengubahsuaian terhadap sifat genetik mikro-organisma, tumbuhan, atau haiwan dengan memasukkan gen yang telah diubahsuai atau gen daripada jenis atau sepisis yang lain. Organisma yang diubahsuai genetik ini mugkin terdiri daripada mikro-organisma yang telah dicipta untuk digunakan sebagai bio-racun makhluk perosak atau biji benih yang diubah secara genetik bagi menghasilkan tanaman-tanaman yang kebal penyakit dan membesar dengan baik.


KEBAIKAN.
  • Teknologi ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh petani dan kekurangan makanan di sesetengah negara miskin. 
  • Teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan petani ke tahap yang maksimem dan meningkatkan pengeluaran tani di ladang. 
  • Dapat membaiki kualiti tanaman yang dapat mengelakkan daripada serangan penyakit yang serius. 
  • Kos tanaman yang lebih murah. 
KESANNYA, masalah seperti kebuluran dapat diatasi dan harga makanan lebih murah. 

KEBURUKAN.
Walaupun teknologi ini mampu mengatasi masalah kekurangan makanan , namun ia tidak diterima sepenuhnya di seluruh dunia dan mendapat tentangan banyak pihak terutamanya pejuang keselamatan makanan. Hasil daripada beberapa kajian yang dilakukan juga mendapati makanan ubahsuai genetik ini boleh mengakibatkan beberapa kesan terutamanya dari segi jangka masa panjang pada sesiapa yang memakannya termasuk haiwan dam manusia.
GMO boleh berpindah dari satu organisma ke organisma yang lain.
KESAN.
Genetik yang baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak disengajakan menyebabkan tumbuhan yang selama ini disangka tidak memberi kesan kepada manusia menjadi tumbuhan beracun yang memberi kesan tanpa dijangka.
Kerajaan Malaysia menghalang produk pertanian GMO dari memasuki negara, ini untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat produk pertanian tanpa was-was di pasaran. 

CONTOH MAKANAN GMO.
  • Tomato dengan jangka hayat segar lebih lama. 
  • Padi golden rice dengan kandungan vitamin yang lebih tinggi. 
  • Jagung yang rasa lebih manis. 
  • Kacang soya. 
  • Kentang. 
  • Tebu. 
  • Sayur-sayuran seperti sawi.
Dan lagi...
Rujuk sini.

 

No comments:

Post a Comment