Pages

SHAKLEE

Thursday 13 February 2014

CADANGAN SET UNTUK MIGRAIN

Sakit Kepala (headache) adalah terma yang digunakan untuk menerangkan satu keadaan yang tidak selesa atau sakit yang dirasai di mana-mana bahagian kepala.

Berikut adalah jenis2 sakit kepala :

• Sakit kepala akut (tiba2)
• Sakit kepala kronik atau berulang2 serta berpanjangan
• Migrain
• Sakit kepala tegang ( Tension headache )


Sumber : Google

Sakit Kepala Akut

Sakit kepala kategori nih berlaku hanya sesekali dan tidaklah berpanjangan. Sakit kepala jenis ni mungkin disebabkan oleh:

  • Jangkitan virus ringan seperti selsema dan demam selsema, termasuk jangkitan penyakit berjangkit yang serius seperti demam denggi, malaria dan demam kepialu.
  • Jangkitan otak yang akut. Kanak-kanak yang mengalami jangkitan di otak seperti meningitis atau encephalitis mengalami sakit kepala yang teruk serta rasa mengantuk, sawan dan muntah2.
  •  Masalah gangguan telinga tersumbat ( glue ears ) dan jangkitan telinga.
  •  Masalah pada sinus iaitu laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak2 akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan dipenuhi cecair atau lendir. Keadaan ini dikenali sebagai sinusitis (resdung).
  •  Masalah penglihatan atau kesihatan mata. Sakit kepala boleh jugak terjadi bile otot2 di sekeliling mata menjadi penat. Keadaan ini mungkin berlaku apabila seseorang mengalami masalah rabun atau lapisan kornea yang tidak rata (astigmatism) menyebabkan mereka mengalami ketegangan semasa melihat. Glaucoma pulak ialah satu keadaan apabila tekanan di bola mata meningkat dan keadaan ini sekali-sekala sebabkan sakit kepala.
  •  Masalah gigi dan gusi. Gigi bernanah atau jangkitan gusi boleh menyebabkan sakit kepala

Perhatian!!!!  : Semua kanak-kanak yang mengadu sakit kepala perlu diperiksa oleh doktor.


Sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berulang-ulang

Sakit kepala yang berlaku berulang kali atau berterusan dalam jangkamasa yang panjang
dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berterusan jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan (aneurysms) atau kemerosotan fungsi otak (degenerative brain disorders ). Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan. Kebanyakan kanak2 yang mengalami sakit kepala kronik/berulang-ulang nih mempunyai migrain atau sakitkepala disebabkan ketegangan.


Sakit kepala tegang ( Tension headache )

Sakit kepala ini amat lazim terjadi di kalangan kanak2. Ia juga dikenali sebagai sakit
otot kepala dan disebabkan oleh ketengangan otot2 di bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit kepala ini selalunya disebabkan oleh perasaan bimbang, sebarang tekanan emosi atau situasi yang tegang di sekolah atau di rumah....
Sumber di sini.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain.

Migrain

Migrain menyebabkan sakit seperti menyucuk2 sebelah kepala. Ianya bermula di
bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua2 belah kiri dan kanan kepala. Kanak2 juga akan merasa loya dan muntah. Kanak2 mungkin mengadu matanya berpinar dan mengangu
ketenangan dan keselesaannya. Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan suasana yang senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan sakit kepalanya semakin teruk.

Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.



Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.
Sumber Google

Supplemen/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)






Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati a membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan



Sekiranya ada berminat untuk mendapatkan supplemen Shaklee yang bermutu tinggi (harga istimewa masih boleh dirunding), sila hubungi saya sebagai wakil pengedar sah Shaklee.
 




Nama : Mohd Azrul Affendi
ID Shaklee : 1097136
Emel : nazaffendi@gmail.com
SMS/Call/Whatsapp : 013-687 0464

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment